Monday 2 December 2013

SELFISH!!! INI BUKAN ISU MASCULINE ATAU FEMININE

SELFISH??? Bukan SELL FISH yew…. Kalau Sell Fish boleh jadi kaya-raya. Maklumlah harga ikan mahal sekarang ni. SELFISH??? Penting ke dalam kehidupan kita? SELFISH kadang-kadang penting. Of course kita akan utamakan diri kita terlebih dahulu berbanding orang lain kan? (Kalau tak, Alhamdulillah…) Sama ada kita sedar atau tak SELFISH memang wujud dalam diri kita. So, ape kaitannya dengan isu masculine dan feminine.  Okay, let me tell you a true story. A story about life. Mungkin anda pernah mengalaminya atau melihat situasi tersebut atau mungkin juga andalah manusia tersebut….

Sebagai seorang pelajar, masa aku banyak dihabiskan untuk menunggu bas. Bas merupakan transport utama aku untuk berulang-alik. Tambahan pula aku tidak suka tinggal di asrama atau kolej yang disediakan. Dari semenjak sekolah menengah hingga memasuki alam universiti, aku cukup masak dengan pelbagai ragam manusia yang turut sama menggunakan transport pilihan utama aku ini. Ketika di sekolah kita sering diajar untuk beratur dan menunggu giliran. Kita juga sememangnya diajar supaya bertingkah laku yang sopan serta menghormati orang yang lebih tua. Pelbagai asas disiplin diajar tapi sayangnya ia tidak di practice dengan baik.

Seperti hari biasa, aku masih setia menggunakan bas. Tapi hari itu aku pulang agak lewat. Suasana seperti bersesak-sesak, tolak menolak dan tidak beratur semasa menaiki bas sudah biasa aku alami. Malangnya hari itu aku tidak dapat duduk. Aku tidak kisah tapi yang mengejutkan aku hampir separuh daripada tempat duduk itu diduduki oleh kaum lelaki dan yang berdiri semuanya perempuan. Oh, betapa tergamaknya mereka membiarkan kaum hawa yang lemah ini berdiri sedangkan mereka selesa duduk. Mana perginya sifat “kelakian” mereka. Mana hilangnya ungkapan “ladies first” itu. Tidak adakah perasaan belas kasihan atau selfish itu sudah tidak mampu mewujudkan perasaan malu dalam diri mereka. Melalui kaca mata aku, aku menyimpulkan bahawa ini bukanlah isu masculinity atau femininity. Ini berkaitan SELFISH!!!

Kawan aku pernah berkata “Hidup kadang-kadang jangan terlalu baik. Kadang-kadang kita perlu menjadi selfish”


No comments:

Post a Comment