Wednesday 30 October 2013

TRAUMA

Apa itu TRAUMA...?

Trauma berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud luka (Cerney, dalam Pickett, 1998). Secara umumnya trauma merupakan satu peristiwa yang berlaku kepada individu yang boleh menimbulkan ketakutan serta mengancam emosi individu tersebut. Trauma yang berlaku dalam diri individu adalah berbeza mengikut perasaan, persepsi dan pemikiran terhadap sesuatu kejadian yang menimpa diri mereka.

For me, trauma hanya merupakan satu kelemahan yang wujud pada diri. Trauma menyebabkan rasa takut yang melampau sehinggakan aku merasa “down” bila berhadapan dengan situasi tersebut. Aku sangat takut apabila berhadapan dengan dua benda iaitu lembu dan jalan raya sehinggakan mampu membuat tangan aku menjadi sesejuk ais.





Lembu…??? Ketakutan aku bermula ketika aku masih bersekolah rendah. Aku suka bermain di ladang kelapa sawit setiap kali hujung minggu. Di kawasan tersebut memang terdapat banyak lembu. Malangnya pada hari itu ada seekor lembu yang tidak bertali tiba-tiba datang mengejar kami (aku dan sepupuku). Aku agak cemas dan mula melarikan diri. Sepupuku yang lain berjaya melompat ke parit sebelah tetapi aku gagal. Akibatnya, aku terjatuh dan basah kuyup. Selepas daripada peristiwa tersebut aku mula takut kepada lembu. Aku tidak akan pergi dan melintasi tempat yang ada lembu bila berseorangan…



Bila aku melihat jalan raya, ketakutan mula membayangi aku sehingga aku tidak mampu untuk melintas seorang diri. Trauma ini bermula semasa aku berada di tingkatan 6. Sebelum daripada peristiwa tersebut aku tidak pernah takut untuk melintas jalan. Ketika itu aku hendak melintas jalan untuk pergi ke bus stop seorang diri. Aku berhenti di tengah-tengah jalan sementara menanti kereta tersebut melintasi. Malangnye, kereta tersebut hilang kawalan dan hampir-hampir melanggar aku. Selepas daripada peristiwa tersebut aku menjadi takut.

Trauma bagi aku satu kelemahan pada diri aku. Aku hilang keyakinan diri bila berada pada situasi tersebut. Bila aku memandang lembu, ia seolah-olah mengejek aku. Bila aku memandang jalan, ia seolah-olah mahu mencederakan aku. Sehingga kini aku masih berusaha untuk menghilangkan trauma tersebut…..:(