Sunday 8 December 2013

WHAT'S GOING ON?

Seminggu yang lepas aku hampir-hampir pitam. Aku fikir barangkali aku tidak cukup tidur dan rehat. Pola permakanan pun tidak teratur. Aku makan ketika lapar sahaja. aku tidak menghiraukan sama ada makanan itu sihat atau tidak. Cukup sekadar mengenyangkan sahaja. Aku merupakan pengemar nescafe.Caffein yg terkandung dlm nescafe tidak baik sebenarnya. 

Tugasan yang banyak dan bertimbun-timbun memaksa aku untuk berjaga dan menyiapakannya secepat yg mungkin. Maklumlah sekarang sudah minggu yang ke 13. Tahap stress mula meningkat ke skala yg ke 10. Kedang-kadang terasa mengalami burnout. Menurut Gloria, Peiro dan Bliese (2012) burnout merupakan simptom-simptom kelesuan yang berlebihan. 
 
Tetapi semakin lama aku merasakan tubuh aku semakin tidak sihat. Jika terasa penat sedikit aku mula terasa ingin pitam. Mungkin aku harus ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan aku...

Over pulak picture ni...:)


No comments:

Post a Comment