Wednesday 11 December 2013

ERTI SEBUAH TANGISAN. SALAHKAH SEANDAINYA KITA KERAP MENANGIS?


Annyeonghaseyo... Okey... hari ni kita nak membincangkan fakta berkaitan AIR MATA. Bukan pasal MATA AIR a.k.a KEKASIH tu yew.. So.., apa yang menarik sangat pasal air mata ni...? Tahukah anda air mata mempunyai pelbagai fungsi. Air mata bukan sekadar bertujuan untuk menterjemahkan emosi kita sahaja tapi ia turut memberi manfaat kepada kita.

Apakah kebaikan AIR MATA?

1) MEMBANTU PENGLIHATAN
Cecair yg keluar dari air mata dapat mencegah dehydrate yg membuatkan mata menjadi kabur.

2) MEMBUNUH BAKTERIA
Ia juga berfungsi sebagai antibiotik. Cecair yg dikenali sbg lisozom mampu membunuh bakteri dalam masa 5 minit. 

3) MENINGKATKAN MOOD
Melalui tangisan, emosi negatif pada diri seseorang boleh dikurangkan. hal ini kerana tangisan kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yg boleh meregulasi sistem metabolisme tubuh.

4) MENGELUARKAN RACUN 
Tahukah anda, air mata yg keluar disebabkan oleh tangisan emosional adalah mengandungi racun? Ia bukan bermakna tangisan itu beracun tetapi ketika menangis, racun dari dalam tubuh dikeluarkan melalui air mata.

5) MENGURANGKAN STRESS
Melalui air mata, hormon stress boleh dikeluarkan. Ia turut membantu kita melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress.

6) MELEGAKAN PERASAAN 
Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega...


ERTI SEBUAH TANGISAN?
Tahukah anda, jika kita menangis disebabkan oleh PERASAAN GEMBIRA, maka AIR MATA KANAN yg akan jatuh terlibih dahulu. Sekiranya, ia disebabkan KESAKITAN atau KESEDIHAN, AIR MATA KIRI akan jatuh.

Menangis tidak salah malahan ia memberi kebaikkan kepada kita. Kadang-kadang kita perlu menangis bila kita sudah tidak mampu menahan kesakitan. "PEOPLE CRY NOT BECAUSE THEY'RE WEAK. IT'S BECAUSE THEY'VE BEEN STRONG FOR TOO LONG"

Tangisan dapat memadamkan api NERAKA 
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

No comments:

Post a Comment