Monday 9 December 2013

KENAPA BINATANG TIDAK BOLEH BERCAKAP?

Si Kitty sayang bukan maen lagi dia lending....

Seawal pagi tadi, aku menghadiri kelas tutorial psikology kognitif. Pagi tadi tajuk pembentangan membincangkan berkaitan aspek bahasa dalam psikology kognitif: bagaimana otak manusia berfungsi dalam memproses bahasa. Keupayaan manusia untuk menggunakan simbol yang tertentu untuk bercakap dan mendengar dengan betul menyebabkan manusia mampu untuk berkomunikasi. Individu yang bisu dan pekak tidak mampu bercakap adalah disebabkan oleh alasan di atas. Hal ini berbeza pula dengan individu yang bisu tapi mampu mendengar. Mereka mungkin mampu untuk berbahasa dan menyebut perkataan yang tertentu.

Haiwan juga mempunyai otak tetapi kenapa haiwan tidak mampu atau tidak boleh bercakap? 
Haiwan tidak boleh bercakap kerana tidak mampu untuk memproses maklumat. Mereka hanya mendengar tetapi tidak memahami maksud atau makna perkataan tersebut. Mereka hanya mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu sebagai isyarat.

Bagaimana pula dengan kes burung kakak tua yang boleh bercakap?
Burung kakak tua sebenarnya tidak boleh bercakap tetapi ia boleh menyebut perkataan yang sering didengari. Ia menyebut tanpa memahami makna. Hal ini disebabkan oleh proses pelaziman operan yang berlaku. 

Apa pula yang akan terjadi jika tiba-tiba binatang boleh bercakap?
Boleh anada bayangkan sekiranya tiba-tiba kucing di rumah anda tiba-tiba bercakap? Anda mungkin akan terkejut dan pengsan... Tapi kadang-kadang ada juga terasa nak bercakap dgn kucing-kucing kat umah..

Pandai je die tengok camera. My kitten....:)

No comments:

Post a Comment