Saturday 30 November 2013

EPISOD SEBUAH PENDOSA: AYAH MAAFKAN ANAKMU!!!

Macam pelik jew tajuknya kan? Ade yang berkata tajuk yang menarik mampu menarik ramai pembaca. Sejauhmana tajuk entri ini mampu menarik anda untuk membaca atau tidak, tidak mengapa. Aku hanya ingin bercerita sebuah kisah tentang kehidupan. Satu episod dari sebuah kehidupan. Betapa perasaan berdosa itu menghimpit hidupku. Aku bukan anak emas ayah. Apa yang aku tahu semua keinginanku jarang sekali tidak dipenuhi oleh insan yang bernama ayah. Ayah maafkan anakmu!!! Kerana seorang ayah aku teruskan langkah dalam kehidupan ini.

Bermula dari awal persekolahan hingga aku tamat SPM aku tidak pernah gagal untuk membuat ayah tersenyum. Walaupun ayah tidak pernah menyatakan dia bangga dengan usahaku mahupun mengucapkan pelbagai kata-kata yang indah tapi aku tahu makna segaris senyuman ayah. Sinar matanya dan betapa berseri-serinya wajahnya sudah cukup untuk dia menyatakan betapa bangganya dia.

Aku bukan pelajar yang bijak. Cuma sentiasa bernasib baik dalam berada dalam kalangan 10 pelajar yang terbaik. Aku cuma mengikut segala keinginan ayah sehingga aku mengorbankan impian aku. Kata ayah, aliran science adalah bidang yang menjamin masa depanku. Aku akur dengan kehendak ayah. Aku masa mampu membuat ayah tersenyum bangga dengan keputusan SPM aku. Aku tahu harapan ayah cukup tinggi. Ayah mahu aku memasuki matrik. Tapi sayang aku tidak terpilih. Hari itu tiada lagi senyuman ayah. Betapa kecewanya ayah sehingga seharian dia berkurung di dalam bilik.

Betapa aku merasa berdosa sehingga ke saat ini. Aku mula mengambil STPM. Harapan aku cuma satu..., untuk membahagiakan insan yang bernama ayah. Kemudiannya aku mendapat tempat di universiti. Jauh disudut hatiku segala yang aku lakukan semata-mata untuk ayah bukan kehendak hati aku. Dari kecik sehingga sekarang aku sangat berminat dengan benda-benda yang bersifat kreatif seperti fesyen, jahitan dan rekaan pakaian, gubahan dan sebagainya. Sehinggakan jika ada masa terluang aku menghadiri kelas-kelas tersebut. Hanya tinggal beberapa hari lagi aku bakal menamatkan pengajianku. 

~SEGULUNG IJAZAH INI INGIN AKU HADIAHKAN BUATMU AYAH~

No comments:

Post a Comment