Wednesday 27 November 2013

CERITA SATU MALAM

Beberapa malam yang lepas ada seorang kenalan melalui wechat mengajak aku mencari peluang pekerjaan. Aku cuba bertanya sedikit info berkaitan kerja tersebut. Die cume memberitahu sedikit sahaja info dengan memberi nama syarikat dan produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Aku mencari sedikit maklumat tambahan melalui internet. Terdekit di hatiku adakah ia satu bisnes mlm? Aku cuba menyimpan pertanyaan tersebut dan ingin melihat sejauh mana benarnya kata hati dan tekaan aku. Aku bukan mahu bercerita tentang soal jenis pekerjaan yang ditawarkan. Tetapi perbualan sepanjang menuju ke destinasi tersebut yang aku ingin kongsikan.

Dia sudah sedia maklum bahawa aku merupakan seorang pelajar yang tinggal beberapa hari sahaja bakal menamatkan pengajianku dalam salah satu program ijazah sarjana muda. Apa yang menarik bila aku bercerita mengenai bidang pengajian aku yang banyak mengarah kepada psikologi die bagaikan kagum. Kenapa agaknya? Katanya aku semestinya memiliki ilmu dalam membaca minda manusia dan meminta aku membaca fikirannya. Aku tergelak. Oooo...., begitukah tanggapan individu lain terhadap bidang psikologi? Aku hanya seorang pelajar psikology bukan bomoh mahupun pakar psikiatri. Banyak lagi yang harus aku pelajari.

Impian aku untuk  ke UKM dan mengambil jurusan psikology. Entah bagaimana aku boleh tercampak ke UM. Tapi aku tetap positif dan berpegang kepada kata-kata yang  mana "Manusia merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah". Perancangan manusia itu usaha dan perancangan Allah itu takdir. Semoga aku tetap tabah dan tetap bangun walau berkali-kali jatuh. Semoga juga perancangan aku bergerak seiring dengan impian serta usaha aku. Dan semoga segala mimpi-mimpi itu menjadi kenyataan.....

No comments:

Post a Comment